Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Coretan
kali ini mengimbas kembali permergian insan tersayang dalam hidup
saya, saya pasti semua sahabat mempunyai IBU,EMAK,MAMA,MUMMY,BONDA,UMMI
dan berbagai macam lagi panggilan untuk wanita agung yang tiada galang
gantinya.
Wanita
yang saya maksudkan ialah HAZIZAH BINTI AMAT, nama ini tidak akan padam
sama sekali dari ingatan saya buat selamanya, belum cukup puas rasa
diri ini untuk bergurau senda dan bermanja namun saya sedar yang ALLAH
lebih menyayangi beliau. Semuanya bermula ketika saya masih dibangku
sekolah kurang lebih masa itu umur saya 14tahun, selama seminggu melihat
keadan kesihatannya yang tidak stabil tidak terlintas langsung dalam
fikiran yang Ibu akan pergi selamanya.
Pagi
itu 12 November 1998, saya bangun pagi untuk ke sekolah agama seperti
biasa saya akan mandi dan Ibu yang masuk itu kurang sihat masih
mengagahkan diri membuat sarapan untuk anak-anaknya, sedang siap-siap
hendak ke sekolah, saya lihat Ibu duduk di meja makan sambil
termengah-mengah, sayu hati saya rasa macam tidak mahu ke sekolah sebab
ingin menemani Ibu. Sebelum ke sekolah saya menghulurkan salam mohon
restu untuk menimba ilmu dan pada masa sama Ibu menyatakan hasrat ingin
benar minum air 100PLUS, lalu air itu di tenguk penuh nafsu katanya
haus. saya membiarkan sahaja takut ia kempunan pula nanti.
Jam
kurang lebih 12.00 tengahari, saya pulang ke rumah dan lihat Ibu
terbaring sahaja di atas tilam dengan dirinya yang tidak bermaya. Saya
terus ke dapur membantu Abah di dapur mengambil alih tugas Ibu memasak
untuk santapan anak-anaknya yang akan pulang di petang hari nanti,
sedang asyik membantu Abah di dapur, Ibu memanggil saya menyuruh saya
ambil ayam yang diletakkan dibawah meja, saya menjadi pelik dan
menyatakan pada Ibu tiada ayam dibawah meja tersebut lalu Ibu senyap
tanpa berkata-kata, saya pun lalu terus ke dapur menyambung kerja-kerja
membasuh pinggan, keasyikan membantu Abah tidak kedengaran di telinga
yang Ibu memanggil saya sekali lagi, meluru terus ke depan mendapatkan
Ibu dan bertanya jika ada apa-apa yang boleh dibantu, sekali lagi Ibu
meminta saya mengalihkan sayur yang di letakkan di bawah kerusi pula,
kebinggungan menlanda diri, tidak mahu memikir yang bukan-bukan, saya
memanggil Abah ke depan untuk melihat keadaan Ibu yang menimbulkan
kurang selesa berbagai persoalan bermain di minda ketika itu, saya
menyatakan pada Abah mengapa Ibu bercakap yang bukan-bukan seolah benda
yang tidak ada di adakan pula, Abah menasihati Ibu supaya berehat.
Petang
itu, jam 1.00 tengahari Ibu memaklumkan sudah tidak dapat menahan lagi
dan mohon menghantarkan ia ke hospital, kerana dirumah tinggal saya dan
Ibu kerana Abah pergi menghantar budak ke sekolah, Abah meminta saya
menyalinkan pakain Ibu, dengan menahan sebak dan sayu hati saya
memakaikan Ibu baju kurung, dengan kudrat yang ada saya gagahi jua
mengangkat Ibu supaya duduk untuk memakai ia pakaian terketar-
ketar badannya selesai memakaikan Ibu pakaian dan anak tudung kami menunggu Abah pulang.
Tepat
jam 1.30 tengahari Abah pulang, kami yang dari tadi sudah bersiap
menunggu terus bergerak ke kereta , saya memapahnya dengan pelahan-lahan
menaiki kereta, sebelum itu kakak saya menelefon rumah menanyakan
keadaan Ibu, saya menyatakan yang mana Abah akan membawa Ibu ke hospital
lantas kakak saya mohon untuk mengikut sama, dalam perjalanan ke
hospital yang mengambil masa kurang lebih 30 minit, saya dapat melihat
keadaan Ibu yang makin kritikal, peluh-peluh jernih menitik-nitik dan
meleleh di setiap liang mukanya,syukur alhamdulillah sepanjang
perjalanan ke hospital bagaikan tiada sebarang halangan semua lampu
isyarat yang lalui semua nya hijau.
Jam
2.00 petang, kami sampai di hospital dan Ibu terus dirujuk ke jabatan
kecemasan dan trauma, menunggu penuh debaran diluar wad membuatkan saya
cemas dan gelisah bermacam-macam bermain di fikiran, kedua-dua tangan
ditadah mohon pada ilahi agar menyelamatkan Ibu,
Jam
3.30 petang, doktor yang merawat Ibu keluar dan berjumpa Abah
memaklumkan Ibu sudah tiada lagi buat selamanya, melihat raut wajah Abah
menunduk dan mengelengkan kepala, saya yang masih terpingga-pingga
melihat wajah kakak yang berada disisi kelihatan sayu dan meraung
kesedihan memberitahu saya yang Ibu sudah tiada lagi. Ya Allah luluh
hati ini pada masa itu.
buat sahabat sekelian mohon saya menenangkan diri terasa sayu ingin meneruskan cerita ini.