Khamis, 5 September 2013

ZIANA ZAIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini kita bersiaran semula dengan tajuk seorang penyanyi tanah air yang cukup terkenal siapa lagi kalu bukan SITI ROZIANA aka ZIANA ZAIN.

Coretan kali ini akan berbicara mengenai artis kesayangan semua, aku adalah salah seorang peminat setia Ziana Zain sejak aku berumur 7tahun, aku sendiri tidak pasti mengapa aku minat sangat dengan Ziana Zain ini, kemana aku pergi akan aku nyanyikan lagu Ziana Zain. Suara beliau yang mantop, lontaran suara yang baik, penghayatannya serta tidak boleh dilupakan ialah keningnya yang menjadi trademark beliau.

Sanggup menyimpan wang saku semata-mata untuk beli album lagu Ziana Zain ini, bukan itu sahaja siap beli walkman lagi. Semua yang aku beli dirahsiakan  daripada pengetahuan ibu dan bapa aku, bukan apa takut kena marah maklumlah pada ketika dan waktu itu baru bersekolah rendah. Setiap gambar atau cerita beliau yang keluar daripada majalah aku potong dan kerat keratan majalah tersebut dan simpan dalam buku dairi aku buat sendiri.

Antara lagu yang menjadi kesukaan aku ialah semuanya, sedap sungguh gubahan lagu dan irama menyusuk kalbu, meremang bulu roma. Tapi paling-paling aku suka ialah lagi DINGIN. Bila mengenang kembali kelakar juga aku ini, oleh kerana minat sangat setiap lagu atau apa apa yang berkaitan dengan Ziana Zain yang keluar di corong radio atau tv, tiada siapa dalam rumah boleh menukar siarannya, ini kerana aku akan mengamuk dan merajuk, hahahaha

Kini aku dah mula pelahankan mood minat aku ini, tapi masih tetap setia meminati Ziana Zain, walaupun ada penyanyi-penyanyi baru muncul.

Ziana Zain teruskan kerjaya dalam bidang nyanyi dan lakonan. Saya tetap menyokong dibelakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan