Isnin, 9 September 2013

AIR TERJUN KOTA TINGGI, JOHOR



http://3.bp.blogspot.com/-5q1ht_Je1XA/URBl4S1-nFI/AAAAAAAApKI/uJLnSNFuFNA/s640/1.jpg

Assalamualaikum

 Jika di tanya mana tempat mandi yang best di johor ini tentu salah satunya adalah air terjun yang mana terletak di daerah Kota TInggi. mengambil masa kurang lebih 25 minit dari bandar Kota TInggi pastinya akan memberikan keseronokan pada anak-anak kecil untuk bermandi manda tidak lupa juga pada yang dewasa.

 Dingin dan nyaman air dan suasana di hutan akan memberikan kelainan pada para pencipta alam dan juga bagi mereka yang ingin merasa kesyaduan dan deruman air terjun yang asyik sekali. Untuk yang pertama kali datang sini anda akan dikenakan bayaran masuk.

 Hari ini setelah merancang beberapa hari sebelumnya, tiba masa aku berangkat pergi untuk bermandi-manda bersama-sama kawan pejabat. kami berkumpul di petronas Ulu Tiram, hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami ke sana

Sampai di sana kami menjamu selera dahulu sebelum mandi manda, bila perut sudah kenyang apalagi yang ditunggu terjun jawabnya. Sejuk dan dingin air menusuk ke tulang rasanya, jatuhan air menimpa di belaksng badan asyik sekali sepertinya sedang diurut sahaja, kebetulan masa pergi bukan cuti sekolah jadinya kurang orang yang pergi masa itu, puas mandi di bahagian bawah, kami cadang naik ke tingkat atas, tetapi orang ramai tidak digalakkan mandi disana kerana kawasannya dalam hampir lebih 10 kaki, oleh itu bahagian tersebut ditutup tetapi masih boleh mandi bawah  sedikit dari kawasan yang ditutup, air yang jernih menampakkan ikan-ikan berenang disana sini. Untuk ke kawasan tersebut, kita akan mendaki anak tangga kecil untuk ke sana dan jambatan kecil untuk melalui ke tepian air terjun tersebut.

Terasa lelah mendaki anak bukit tersebut, hampir 30 minit kami habiskan masa di atas, kami turun semula untuk bermain di bahagian bawah sahaja. Sambil mandi kami menjamu selera sekali, maklumlah kalau seharian berendam perut pun terasa laparkan, hanya makanan ringan menjadi alas perut sebab makanan yang meninggalkan sisa tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam. Kami menghabiskan masa lebih kurang hampir 4 jam di sana. Setelah bersiap membersihkan diri kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing. piknik kali ini sungguh seronok sangat manakan tidak aku dapat kawan baru dari muar entah lah aku sendiri tidak kenal tapi bila orang bertegur sapa dengan kita layan akan aje lah tidak salah rasa nya untuk berkawan kan hehehhee....




























































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan