Isnin, 9 September 2013

CUTI (MANDATORY LEAVE)

 Sungai Melaka River cruise
Assalamualakum

Awal tahun lalu pihak pengurusan telah mengeluarkan Memo kepada seluruh wargakerja untuk memasukkan cuti mandatory leave 5 hari setiap orang wargakerja. Wow seronoknya dapat cuti selama 1 minggu kurang lebih.Jadinya masing-masing membelek-belek kelendar dan berbincang sesama kami tarikh yang diingin diambil. Setelah mendapat kata sepakat semua memasukan cuti masing-masing, dan aku bercadang mengambil cuti pada 7 september hingga 16 september 2013.

Hampir 9 bulan menunggu giliran untuk bercuti, haa akhirnya sampai jua tiba giliran aku hehehe kiranya masa aku menulis catatan ni tengah bercuti bersenang lena di rumah hehehe hari-hari bangun lewat puas dapat tidur.

Cuti yang panjang ini aku memanfaatkan bukan sahaja tidurkan diri tetapi merehatkan minda dengan bercuti ke tempat-tempat menarik di malaysia ini, salah satunya destinasi aku pilih adalah MELAKA, Bandaraya Besejarah. Aku pergi ke sana tidak keseorangan tetapi ditemani kawan sepejabat yang kebetulanya dia orang melaka jadinya kira dia jadi pemandu pelancong aku la hehehhe...

Kami bergerak dari Johor jam 8 dan tiba 3 jam kemudian di Ayer Keroh Melaka, sebenarnya tujuan utama hendak ke sana bukan melancong tapi atas bisnes kecil-kecilan. tapi silap aku juga lah tidak menelefon pemborong tersebut, bila sampai tempat di tuju showroomnya tutup tidak beroperasi pada hari tersebut, sudahnya kawan aku pun bawa pusing-pusing melaka hehehe malunya rasa.

Sungai Melaka River cruiseTempat pertama aku lawati ialah RIVER CRUISE, kalau kita naik waktu malam lagi cantik dengan nyalaan lampu-lampu sepanjang haluan sungai tersebut, tapi masa aku naik pagi so lampu tidak ada lah cuma disinari cahaya matahari sahaja lah hehehhe. ia mengambil masa kurang lebih 45 minit menyusuri sungai tersebut.

Selesai di RIVER CRUISE, kami bergerak ke Pantai Klebang dengar cerita disana terdapat coconut shake asli yang uphmmm terangkat. perjalanan kesana 20 minit sahaja. Sampai sahaja disana ramainya orang berbilang kaum menjamu selera disana. aku apa lagi mesti laa order yang special punya, terasa aiskrim dan kepala mudanya isi, memang sedap tak cukup segelap apalagi minta tambah lagi segelas hehehheheh.

Perjalanan diteruskan dengan melawati Muzium Samudera, Kapal Samudera dan juga Muzium TLDM, puas juga lah bergambar bagai semua di sana hehehehe...Puas berpusing-pusing di Muzium, hah yang ini perempuan sukalah beli belah hehehe, jadinya aku singgah sebentar di Dataran Pahlawan untuk membeli buah tangan untuk keluarga, hanya beli keropok, dodol, sagu dan lain-lain makanan aje.

Kemudian kami berehat sebentar makan tengahari di restoran masakan asam pedas, errkk perut sudah kenyang kami singah di Jonker Walk berjalan-jalan cuci mata sahaja sambil pose ambil gambar hehehhe, penat berjalan kami singgah minum cendol yang dikatakan antara yang sedop di situ, betul memang sedap sangat cendol duriannya, licin kau,,,hehehhe.

Akhir sekali sebelum mengakhiri perjalanan hari ini kami singgah di taman buaya, aduhai lama sungguh tak masuk taman buaya ini, aku ingat kali terakhir aku masuk ketika aku berumur 9tahun. Kira tercapai hajat ini sekian lama kalau pergi Melaka tidak kesempatan menyinggah melihat buaya disana, bila menjejakan kaki ke dalam perasaan berdebar melihat betapa besarnya buaya tersebut ketar juga lihat berada di depan mata, puas melihat-lihat dan berjalan sambil ambil gambar, maka pulang lah ke hotel untuk berehat setelah penat berjalan sakan. lengguh kaki dibuatnya. 

Malam itu tidak ada apa-apa dapat aku lakukan lengguh kaki masih terasa, apa lagi ZZZzzzzz tidur lah jawabnya,,,SELAMAT MALAM KAWAN SEMUA hihihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan