Rabu, 28 Ogos 2013

Di Perantuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bekerja di waktu malam membuatkan aku, jadi menggantuk bila sampai di rumah apalagi hanya tilam dan bantal yang aku nampak melambai-lambai mata aku, dengan langkah lemah longlai tiada apa yang dapat menghalang aku untuk terus melangkah ke arah tilam  yang empok, tidak sampai 2 minit bergema seluruh bilik dengan bunyi yang begitu merdu sekalli,

Setelah agak sekian lama aku terlena diulit mimpi indah, aku dikejutkan dengan satu panggilan, aduhai siapa pulak menggangu aku tika enak mengulit mimpi, rupa-rupanya panggilan daripada Ibupejabat sebuah organisasi perbankan islam memaklumkan yang aku telah berjaya dalam temuduga, Ya Allah syukur alhamudulillah dengan mata yang masih mengantuk aku ucapkan terima kasih tetapi bila ia mengatakan yang aku akan ditempatkan di Pekan, Pahang terus segar mata aku, ya manakan tidak, Pekan, Pahang, tak pernah dengar tempat itu dan tidak pernah terfikir untuk ke sana, Pahang tu tahulah negeri aman makmur, tapi Pekan nama tempat  begitu asing bagi aku, tidak pernah dengar, perkara ini aku maklumkan pada kedua orang tua aku dan mereka menumpang gembira akhirnya dapat kerja tetap alhamdulillah.

30 Nov 2004, aku telah siap sedia untuk melangkah pergi meninggalkan negeri tanah tumpah darah ku, debaran sepanjang perjalanan ke Pekan, Pahang, bersama kedua orang tua dan 2 orang anak buah setia menemani aku sehingga ke destinasi yang dituju. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 4 jam akhirnya selamat tiba ke hala tujunya.Debaran hati semakin kuat apabila ditiba di tempat orang maklumlah tidak kenal sesiapa menjadikan perasaan tidak keruan bolehkah aku hidup disini, makan, minum, macam mana pulak dan yang penting dimana aku nak tinggal, aduhai,mengeluh memikirkan semua perkara datang bertalu-talu, tiba di Pekan terus cari Bank yang akan aku bekerja nanti, Alhamdulillah ada pekerja yang bujang duduk menyewa seorang diri, bermakna aku akan tinggal bersama dia lah nanti, setelah berbincang apa yang patut dibincang aku dibawa ke rumah sewa di Kampung Parit Tengah,jadi tinggal aku di sana untuk sekian beberapa tahun lamanya. Sejak itu bermula kehidupan aku di negeri orang, belaja hidup berdikari dan penting bagi aku menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

wasalam

Ahad, 25 Ogos 2013

SUPER NUTRIENT ESSENCE = SNE


https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/529222_332320593484290_361158964_n.jpg

Misteri Hidup

    

'SUPER NUTRIENT ESSENCE' ( SNE )
Berasaskan Buah Seabuckthorn

Merupakan produk keluaran SNE MARKETING yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan di jamin HALAL oleh jakim kini produk yang berasaskan buah SEABUCKTHORN merupakan buah paling masam didunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi, ia juga adalah tumbuhan liar yang mempunyai manfaat fungsi perubatan dan pemakanan serba guna daya hidup yang ekstrem, padat dengan lebih 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai asid amino.

MENGAPA PRODUK SNE MENAKJUBKAN?

Berasaskan kajian  Perubatan SNE berdasarkan 5 TEORI di dalam tubuh manusia:-

1. Membaik Pulih Sel
2. Menyingkirkan Radikal Bebas
3. Mengubah Genetik / Penyakit Keturunan
4. Mengimbangkan Hormon
5. Meningkatkan Sistem Imun

Tahukah Anda 6 Kemujaraban Produk SNE
1. Membasmi dan anti virus
2. Membersih darah dan detoksifikasi
3. Penyelarasan dan pembaikan
4. Proses penguatan
5. Peningkatan sistem imunisasi
6. Melanjutkan usia

IKHTIAR DENGAN PRODUK SNE UNTUK ANDA YANG BERMASALAH 

    • Lumpuh / Strok / Saraf
    • Jantung / Darah Tinggi / Kencing Manis Kritikal
    • Buah Pinggang /  Sakit Pinggang / Sendi / Gastrik
    • Buasir / Haid / Sembelit / Gout / Sakit Lutut / Urat
    • SLE / Leukimia Thalassemia / Asma / Lelah / Resdung
    • Thyroid / Bisul / Jerawat / Batu Karang / Tidak Lawas
    • Masalah Seksual / Berat Badan / Sukar Mengandung / Keguguran
    • Kanser / Ketumbuhan / Fibroid / Prostat / Hati / Paru-Paru
    • Penyakit Kulit ( Psoriasis / Ekzema ) / Penyakit yang sukar diubat

100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan di perakui KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN DIJAMIN HALAL.

DOA, USAHA, TAWAKAL IN SHA ALLAH mudah-mudahan diberikan kesihatan yang lebih baik.











Rabu, 21 Ogos 2013

PART1 : Pemergian Insan Tersayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Coretan kali ini  mengimbas kembali permergian insan tersayang dalam hidup saya, saya pasti semua sahabat mempunyai IBU,EMAK,MAMA,MUMMY,BONDA,UMMI dan berbagai macam lagi panggilan untuk wanita agung yang tiada galang gantinya.

Wanita yang saya maksudkan ialah HAZIZAH BINTI AMAT, nama ini tidak akan padam sama sekali dari ingatan saya buat selamanya, belum cukup puas rasa diri ini untuk bergurau senda dan bermanja namun saya sedar yang ALLAH lebih menyayangi beliau. Semuanya bermula ketika saya masih dibangku sekolah kurang lebih masa itu umur saya 14tahun, selama seminggu melihat keadan kesihatannya yang tidak stabil tidak terlintas langsung dalam fikiran yang Ibu akan pergi selamanya.

Pagi itu 12 November 1998, saya bangun pagi untuk ke sekolah agama seperti biasa saya akan mandi dan Ibu yang masuk itu kurang sihat masih mengagahkan diri membuat sarapan untuk anak-anaknya, sedang siap-siap hendak ke sekolah, saya lihat Ibu duduk di meja makan sambil termengah-mengah, sayu hati saya rasa macam tidak mahu ke sekolah sebab ingin menemani Ibu. Sebelum ke sekolah saya menghulurkan salam mohon restu untuk menimba ilmu dan pada masa sama Ibu menyatakan hasrat ingin benar minum air 100PLUS, lalu air itu di tenguk penuh nafsu katanya haus. saya membiarkan sahaja takut ia kempunan pula nanti.

Jam kurang lebih 12.00 tengahari, saya pulang ke rumah dan lihat Ibu terbaring sahaja di atas tilam dengan dirinya yang tidak bermaya. Saya terus ke dapur membantu Abah di dapur mengambil alih tugas Ibu memasak untuk santapan anak-anaknya yang akan pulang di petang hari nanti, sedang asyik membantu Abah di dapur, Ibu memanggil saya menyuruh saya ambil ayam yang diletakkan dibawah meja, saya menjadi pelik dan menyatakan pada Ibu tiada ayam dibawah meja tersebut lalu Ibu senyap tanpa berkata-kata, saya pun lalu terus ke dapur menyambung kerja-kerja membasuh pinggan, keasyikan membantu Abah tidak kedengaran di telinga yang Ibu memanggil saya sekali lagi, meluru terus ke depan mendapatkan Ibu dan bertanya jika ada apa-apa yang boleh dibantu, sekali lagi Ibu meminta saya mengalihkan sayur yang di letakkan di bawah kerusi pula, kebinggungan menlanda diri, tidak mahu memikir yang bukan-bukan, saya memanggil Abah ke depan untuk melihat keadaan Ibu yang menimbulkan kurang selesa berbagai persoalan bermain di minda ketika itu, saya menyatakan pada Abah mengapa Ibu bercakap yang bukan-bukan seolah benda yang tidak ada di adakan pula, Abah menasihati Ibu supaya berehat.

Petang itu, jam 1.00 tengahari Ibu memaklumkan sudah tidak dapat menahan lagi dan mohon menghantarkan ia ke hospital, kerana dirumah tinggal saya dan Ibu kerana Abah pergi menghantar budak ke sekolah, Abah meminta saya menyalinkan pakain Ibu, dengan menahan sebak dan sayu hati saya memakaikan Ibu baju kurung, dengan kudrat yang ada saya gagahi jua mengangkat Ibu supaya duduk untuk memakai ia pakaian terketar- 
ketar badannya selesai memakaikan Ibu pakaian dan anak tudung kami menunggu Abah pulang.

Tepat jam 1.30 tengahari Abah pulang, kami yang dari tadi sudah bersiap menunggu terus bergerak ke kereta , saya memapahnya dengan pelahan-lahan menaiki kereta, sebelum itu kakak saya menelefon rumah menanyakan keadaan Ibu, saya menyatakan yang mana Abah akan membawa Ibu ke hospital lantas kakak saya mohon untuk mengikut sama, dalam perjalanan ke hospital yang mengambil masa kurang lebih 30 minit, saya dapat melihat keadaan Ibu yang makin kritikal, peluh-peluh jernih menitik-nitik dan meleleh di setiap liang mukanya,syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan ke hospital bagaikan tiada sebarang halangan semua lampu isyarat yang lalui semua nya hijau.

Jam 2.00 petang, kami sampai di hospital dan Ibu terus dirujuk ke jabatan kecemasan dan trauma, menunggu penuh debaran diluar wad membuatkan saya cemas dan gelisah bermacam-macam bermain di fikiran, kedua-dua tangan ditadah mohon pada ilahi agar menyelamatkan Ibu,

Jam 3.30 petang, doktor yang merawat Ibu keluar dan berjumpa Abah memaklumkan Ibu sudah tiada lagi buat selamanya, melihat raut wajah Abah menunduk dan mengelengkan  kepala, saya yang masih terpingga-pingga melihat wajah kakak yang berada disisi kelihatan sayu dan meraung kesedihan memberitahu saya yang Ibu sudah tiada lagi. Ya Allah luluh hati ini pada masa itu.

buat sahabat sekelian mohon saya menenangkan diri terasa sayu ingin meneruskan cerita ini.

Isnin, 19 Ogos 2013

Alam Pekerjaan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Muncul kembali, jadi hari ini kita sambung semula dengan cerita di Alam Pekerjaan. Baiklah saya akan mulakan dengan cerita selepas SPM, maklumlah bak kata orang nak cari pengalaman kan.

Selepas SPM, saya bersama dengan 2 orang lagi sahabat saya iaitu Epul dan Hisham berbincang bersama-sama untuk mencari kerja sementara sebelum menyambung pengajian ke IPTA/IPTS. Bincang punya bincang kami bersetuju untuk bekerja sebagai Pencuci di Hospital Sultanah Aminah, dengan bantuan jiran yang kebetulan bekerja disana sebagai penyelia jadinya senang lah sikit kami mendapat kerja, saya diletakan di dalam dewan bedah, kawan saya Epul di bawah jabatan penyakit berjangkit, dan Hisham pula di ruang legar jabatan kecemasan.tugas kami adalah memastikan kawasan tersebut bersih suci dan murni hehehe,

tugas kami bermula seawal jam 7.00 pagi ini bermakna jam kurang lebih 6.00 pagi dah kena bersiap untuk ke Hospital , sampai sahaja di dewan bedah bermulalah tugas saya membersihkan 8 bilik dewan bedah, Ya Allah sejuknya ketika pintu bilik dewan itu saya buka memang kuat pendingin udara yang dipasang. semua peralatan didalam dewan saya kena lap  termasuk lah dinding serta syiling lenguh tengkuk dibuahnya belum lagi mengemop lantai lagi patah pinggang, semua bilik kena siapkan sebelum jam 9.00 pagi, dan setiap kali selepas pembedahan lampu dibelakang dewan akan berbunyi dan nyala tanda pembedahan sudah selesai dan tugas saya pula ambil alih untuk kerja pembersihan semua darah yang ada dalam bilik dewan tersebut
begitulah rutin saya setiap hari. memang seronok sebab dapat jumpa jururawat dan doktor baik sungguh baik melayan kita walaupun sekadar tukang pencuci. tapi saya kerja tidak lama hampir 3 bulan sahaja, saya bertiga berhenti kerja, dan mencari pengalaman ditempat lain pula, iaitu kilang. Semasa kerja kilang cuma saya dan Hisham sahaja yang bekerja sama tempat antara kilangnya Tong Garden, dan Savana (M) Sdn Bhd, kedua-dua kilang tersebut kami kerja tidak lama 3bulan sahaja. selepas tu Hisham dapat tawaran menjadi Tentera berkhidmat untuk negara dan saya masih mencari kerja ditempat lain, selepas 2 minggu menganggur saya kerja di 7elevan juga kurang lebih 3 bulan sahaja bertahan kemudian saya menyambung pengajian di IPTS di Johor Bahru dalam jurusan Sistem Maklumat peringkat Sijil. Tamat peringkat Sijil saya teruskan peringkat Diploma separuh jalan sebab dapat tawaran kerja di sektor perbankan iaitu BANK RAKYAT sampai sekarang. itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan pada sahabat sekelian.

wasalam


Jumaat, 16 Ogos 2013

Alam Persekolahan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


Sambungan dari drama bersiri kita untuk hari ini, saya kongsikan pengalaman dari zaman persekolahan daripada tadika hingga tamat tingkatan 5,

Kalau bab mengimbas kembali zaman persekolahan saya pasti sahabat semua ada cerita pengalaman manis, pahit, sedih, gembira semua bercampur adukkan. Baiklah saya akan coretkan dari zaman sekolah tadika, saya bersekolah dekat sahaja dengan rumah jadinya jika ke tadika akan berjalan kaki sahaja bersama-sama dengan kakak saya yang akan menghantar sampai ke pintu kelas, memang seronok dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru, dapat mengenal huruf, nombor dan lain-lain, masih ingat lagi diingatan nama guru yang mengajar dan mendidik diri ini, beliau yang saya maksudkan adalah Pn Rubiah, sahabat semua masih ingat lagikah dengan guru yang mengajar masa tadika, hah mesti tak ingat kan. Saya rasa sahabat semua pasti melalui pengalaman ingin melarikan diri bila nampak kelibat seorang gadis berbaju serba putih mengukir senyuman dari jauh itulah jururawat gigi yang datang untuk memeriksa kesihatan gigi, aduhai masa itu lah semua perasaan ada nak menangis, berdebar, nak terkucil memang tergelak sendiri bila diimbas kembali. masa berlalu begitu pantas kini saya dah memasuki tahun satu bermakna enam (6) tahun lah saya akan bersekolah rendah oh hampir terlupa saya dulu bersekolah di SK ULU TIRAM, JOHOR. Dari darjah 1 hingga darjah 3 saya ditempatkan di kelas KENANGA naik darjah 4 hingga darjah 6 saya dikelas DAHLIA, kalau ada sahabat yang kebetulan terbaca coretan ini cepat-cepat telefon saya dapat jumpa semula semua kawan-kawan lama kan.

Enam tahun kemudian bermakna masuk tahun ke tujuhlah kan meningkat ke alam remaja tak sangka dah bersekolah menengah saya sekarang, oh saya sekolah di SMK ULU TIRAM. Bila naik ke sekolah menengah ini perasaan saya bercampur baur rasa takut sahaja, saya sendiri tak tahu mungkin terlalu ramai pelajar berbilang kaumkan dan tidak mengenali antara satu sama lain lagi, masa tingkatan 1 saya ditempatkan dalam kelas J, aduh jauh kebelakang tapi tak mengapa dengan semangat yang ada semasa naik ke tingkatan 2, diri dah maju naik kelas PERDANA 3, sama juga masa di tingkatan 3 kelas sama, tingkatan 4 dan tingakat 5 pula saya masuk aliran SAINS PERTANIAN, minat sangat bercucuk tanam, tapi pengalaman paling manis di sekolah menengah ini saya mendapat nombor satu dalam kelas, syukur alhamdulillah, masa bapa saya dapat ke sekolah untuk mengambil kad laporan belajar bangganya Tuhan sahaja yang tahun maklumlah kali pertama dapat nombor satu kan, jadi siapa tak bangga, tahun terakhir disekolah menengah memang menyedihkan manakan tidak kita semua akan berpisah dengan sahabat sekelian. Menempuh peperiksaan penting dalam kehidupan amat mengusarkan hati yang mana akan menentukan hala tuju masa depan kita, tapi syukur alhamdulillah berkat doa kedua ibubapa saya mendapat keputusan SPM yang agak baik  dan meneruskan pembelajaran di institusi pendidikan swasta, sekarang saya dah ada kerja tetap, apa sahabat nak tahu saya kerja apa? tak mengapa nanti saya sambung drama bersiri ini ke episod ALAM PEKERJAAN ya. 

sekian, wasalam

Khamis, 15 Ogos 2013

Pengenalan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sebelum kita pergi lebih jauh adalah lebih elok kiranya kita berkenal kenalan dahulu...maklum lah first time
menceburikan diri  ke lembah blogger ini.ilmu dikongsi untuk tetapan rohani....

Aku adalah seorang jejaka yg cute dan comel hahahhaha, merupakan anak bongsu daripada 6 orang beradik, 3 lelaki dan 3 perempuan, semua dah kahwin tinggal aku seorang sahaja lagi,abah sabar ya tunggu menantu yang terakhir dalam keluarga akan muncul tidak lama lagi insha allah. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua duduk jauh, cuma seorang sahaja duduk dekat selang 6 pintu hehhe kira hari-hari balik kampung akak aku seorang ini. Kakak sulong menetap di Shah Alam, yang kedua abang tinggal di Kulai, yang ketiga akak aku yang aku cakap tadi tinggal selang berapa pintu sahaja, yang keempat kakak tinggal di plentong, kelima abang tinggal di Bestari Indah,,alah kat tiram juga laa..dan terakhir siapa lagi aku lah, tentu sahabat sekelian tertanya-tanya mana pergi cerita  Mak aku.ooo dia dah lama pergi dan satu mustahil untuk kembali, permergiannya satu kesedihan yang amat bagi diri aku,tapi sekarang aku dah ada Mak tiri yang sungguh baik hati dan penyayang syukur alhamdulillah ..jadinya dia la peneman hidup abah ku sekarang, rasanya cukup disini dahulu ya nanti nanti kita sambung lagi, biasa la kan drama melayu bersiri.

wasalam